BOLING adalah salah satu sukan indoor yang popular di dunia, bukan hanya dalam pertandingan mahupun untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan, tetapi sukan boling juga mengeratkan silaturahim kawan-kawan dan ahli keluarga.
Selama dalam perhatian & pengamalian dalam bidang permainan boling ni, agak terkejut apabila mendapat pertanyaan daripada kawan. Pernah tak terfikir nak jadi pemain boling terhandal di kalangan keluarga atau kawan, atau untuk mewakili sekolah. Mungkin kalian tengok kawan-kawan main, lepas tu strike, mungkin kalian tertanya-tanya, kenapa hebat sangat dia tu ha? Mesti darah daging atau keturunan bowler ni..haha..Sebenarnya kalian tahu nak main boling ni, masuk longkang pun kira korang pandai main boling gak la kan??
Ruangan ini ingin kongsikan dengan kalian cara terbaik bermain boling yang sempat diberikan oleh Ratu Bowling Negara iaitu Shalin Zulkifli sebelum menamatkan zaman bujangnya.
1. kedudukan diri di belakang garisan :- jika kalian menggunakan tangan kanan, pastikan kalian berkedudukan tengah kanan berpandukan poin-poin yang ada pada line boling itu. Untuk yang kidal, ambil kedudukan tengah kiri.
2. posture badan :- walaupun kalian bersaiz agak besar, apa yang perlu dilakukan pandang kearah pin dan pastikan badan tetap pegun Cuma tangan saja kalian hayunkan. Lenturkan sedikit badan untuk memudahkan balingan. Boleh kalian try n error untuk mendapatkan posture badan yang selasa ketika balingan.
3. pegangan bola dengan tertib :- lubang bola boling mestilah sesuai dengan saiz jari. Jangan terlalu kecil mahupun terlalu besar. Yang paling penting berat bola mestilah kena dengan kekuatan atau kemampuan kalian. Elakkan dari tangan berpeluh dengan menggunakan tuala.
4. Kawalan pernafasan & fokus :- Mungkin step ni ramai yang terlepas, sebab terlalu suka, so pernafasan penting untuk mengawal rasa gemuruh, so tarik nafas beberapa kali, saat kalian nak baling bola tu, kalian tahan nafas dan terus baling, ini nak mengurangkan pergerakan badan sekiranya kalian hembus nafas.
5. Gerakan lembut & Maintain posture – Bukan kalian bergerak macam auwww, nanti bola tu pun pergi macam auwww..Gerakan lembut bermaksud, kalian ambik sekurang-kurangya empat langkah dan teruskan balingan, tapi bukan dengan gelojoh, orang kata take time ketika balingan. Posture badan semasa balingan menentukan arah balingan kalian.
6. Kawal kelajuan – Kebanyakan yang main bowling adalah berdarah muda, tak sabar dan gopoh. Dalam bowling, kalian tak boleh laju sangat dan terlalu perlahan sangat, so kena man man(perlahan-lahan)..hehe, sebab kalau terlalu laju, bola boling akan tersasar dari line atau pin tu tak jatuh ke belakang, tapi berpisah(split), so pin yang kat belakang tak kena balingan atau jatuhan pin..Faham….
7. Lepaskan bola itu!!! – Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.